Saturday 17 November 2012

Bilakah Lagu ‘Negaraku’ Mula Dicipta?



Lagu Negaraku mempunyai riwayat yang panjang. Menurut Y.A.M Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah, lagu itu mula-mula didengar di Mahe dalam Pulau Seucjelles, di mana ayahanda baginda, Sultan Abdullah, Perak tinggal sebagai orang buangan.

Lagu itu sering dimainkan oleh pasukan pancaragam Perancis untuk memberi hiburan kepada orang ramai pada tia-tiap hari Selasa. Perkara ini berlaku lebih kurang dalam tahun 1892.

Raja Chulan, saudara lelaki kepada Y.A.M Raja Aminah pernah mendengar lagu itu sewaktu melawat Pulau Seychelles. Baginda sangat menggemarinya serta mempelajari sendiri lagu itu dan memainkannya dengan biola.

Dalam tahun 1895, Sultan Abdullah telah dibenarkan meninggalkan Pulau Seychelles dan pergi ke Singapura. Beberapa tahun sebelum itu, lagu itu telah dipilih menjadi lagu Lagu Kebangsaan bagi Sultan Perak, iaitu dalam tahun 1888.

Pada waktu itu, Sultan Idris, Perak telah dijemput oleh Queen Victoria melawat London. Baginda telah diiringi oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak dan juga anakanda baginda, Raja Mansur.

Apabila sampai di Southampton, seorang wakil Kerajaan British telah menemui Raja Mansur untuk emndapatkan Lagu Kebnagsaan bagi Negeri Perak. Baginda lalu memebrikan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan bagi Perak walaupun sebenarnya pada waktu itu Perak tidak mempunyai Lagu Kebangsaan. Mulai hari itu, negeri Perak telah menetapkan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Perak.

Lebih kurang dalam masa lawatan Sultan Idris da Raja Mansur ke England, lagu itu telah dikenalkan kepada Wayang-Wayang Bangsawan Indonesia yang mengadakan pertunjukan di Singapura. Lagu itu telah dinamakan Stambul Satu dan bangsawannya pada masa itu ialah Bangsawan Indera Zanibar atau Wayang Kasim.

Lagu itu sangat digemari ramai sehingga dinyanyikan oleh bangsawan-bangsawan lain. Beberapa tahun kemudian, lagu itu dinamakan ‘Terang Bulan’. Raja Mansur telah beberapa kali mengakui bahawa lagu Negaraku sekarang adalah merupakan lagu yang pernah digemari ramai itu. Ia telah dinyatakan oleh anakanda baginda, Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur, cucu kepada Sultan Abdullah.

Kini Lagu Negaraku telah menjadi milik rakyat Malaysia dan ia berkumandang di mana-mana sahaja di dunia ini apabila nama negara kita muncul dan penghormatan di dalam pelbagai acara antarabangsa.

Sumber :

“Ketahuilah Anda” cetakan kedua 1996 (cetakan pertama 1989) terbitan Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur. Muka surat 53-54

Sunday 4 November 2012

40 Strategi Pendidikan Rasulullah saw...


Dalam tempoh yang relatif dan singkat, tanpa prasarana pendidikan kondusif, Rasulullah SAW berjaya membangunkan suatu rupabentuk kelompok masyarakat Tauhid yang sangat berbeza fokus kehidupan, jalan pemikiran, asas pertimbangan, sikap dan kelakuan malah budaya hidup keseluruhannya berubah kepada kebaikan, keadilan dan kasih sayang. Segenap potensi insaniah digilap, dihidupkan dan digerakkkan menerusi kaedah pendidikan unggul di Madrasah Rasulullah SAW :

Buku Al-Rasul al-Mu'allim wa Asalinuhu fi al Ta'lim karya Abdul Al-Fattah Abu Ghuddah, yang telah dialihkan bahasa dengan tajuk 40 Strategi Pendidikan Rasulullah SAW, secara khusus membahaskan metode dan strategi pendidikan Rasulullah SAW tehadap para shabat. Metode dan strategi ini telah terbukti menghasilkan sebuah generasi terbaik. Dalam buku ini pengarang secara khusus membahas tentang hal-hal berikut :


1. Penawaransebagai alternatif metode dan strategi pembelajaran yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW dalam berbagai situasi dan keadaan yang berbeza.

2. Penyertaan 137 hadi Rasulullah SAW sebagai dasar rujukan, lengkap dengan perawi mahupun sanad yang terdekat dengan Rasulullah SAW.

3. Ruang lingkup metode dan strategi pendidikan yang komprehensif ( untuk anak kecil, remaja dan dewasa ), bahkan untuk orang-orang khusus dari berbagai Asy'ariyyan, orang-orang yang pemahamannya terbatas dan sebagainya.

4. Kemampuan metode dan strategi Rasulullah SAW dalam memberi kesan yang mendalam kepada sahabat yang berguru kepada banginda, yakni masing-masing sahabat merasa sebagai orang-orang yang paling dicintai Rasulullah SAW.

5. Hadis-hadis yang membahas metode dan strategi pendidikan Rasulullah dan mengandungi berbagai prinsip yang dapat memberi inspirasi kepada pembaca tentang bagaimana dan dari mana untuk memulai dan memperbaiki kehidupan jasmani dan rohani.

Guru...itulah yang sering kita ucap....untuk meneladani ciri-ciri pengajaran pendidikan...contohilah kekasih kita Rasulullah SAW....kepada guru, bakal menjadi guru dan sesiapa saja harus memiliki buku ini, kerana di dalamnya kita dapat mengetahui bagaimana Rasulullah SAW itu sebagai pendidik, bagaimana metode pendidikan yang diterapkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat dahulu sehingga para sahabat merasa diri paling dicintai Rasulullah....Rasulullah SAW berjaya membangunkan suatu rupabentuk kelompok baru masyarakat Tauhid yang sangat berbeza fokus kehidupan, jalan pemikiran, asas pertimbangan, sikap dan kelakuan malah budaya hidup keseluruhannya berubah kepada kebaikan, keadilan dan kasih sayang....


Monday 6 February 2012

Jangan Mengharap Kesempurnaan Dalam Diriku....


Jika kita telah memiliki sepinggan nasi... yang kita pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kita berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kita tidak boleh memakannya. Kita akan menyesal.  Begitu juga jika kita memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya kerana-NYA.... Janganlah kita terlalu mengaguminya dan janganlah kita menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa yang sangat SEMPURNA dihatimu. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kita untuk menerimanya.... akhirnya kita KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kita MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kita akan TERUS hingga ke akhirnya....  Jika kita menadah air biarlah berpada-pada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kita menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kita cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.... Begitulah juga ......... Setelah kita memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kita MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kita meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kita mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kita LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
 
Begitu juga jika kita telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kita berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kita akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....ya Allah...kuatkanlah semangat hambaMu yang lemah ini...engkau yang Maha Tahu apa yang ada dihati ini....betapa hati ini sangat memerlukan redhaMU...Engkau permudahkan jalan menuju RahmatMU ya Rabb...amin..

Sunday 5 February 2012

Ahlan Wasahlan


Alhamdulillah dengan lafaz yang Mulia ana ucapkan pada yang Maha Pencipta serta Rasul-Nya dan para da’ie yang memperjuang ISLAM….dengan rasa syukur-Nya ana ucapkan buat diri ana kerana dapat jua ana menyiapkan blog ana sendiri yang sudah lama ana impikan….untuk pengetahuan para sahabat dan pengunjung ana semua..ini blog ana baru upgrade kerana kelahiran blog ana sudah lama ana buat Cuma ana tidak aktif dan mengeditkan blog ana….laman blog ana dahulu dikenali sebagai MAHABBAH05…yakni Kasih Sayang…tapi sekarang blog ana adalah Kembara Murabbi…dengan kehadiran blog ini dan sahabat-sahabat ana yang lain dapatlah kita mengembangkan wasilah-wasilah dakwah melalui Alam Maya ini…
Justeru itu, dengan adanya blog-blog ini akan memberikan manfaat, faedah, menambahkan ilmu pengetahuan serta jati diri kita semua dalam meyebarkan risalah-risalah Ilmu, baik melalui artikel orang atau coretan kalam sendiri agar perkongsian ini sangat bermanfaat walaupun sedikit...
Akhirulkalam…ana ucapkan jazakallah khairan katsiran kepada para blogger, sahabat-sahabat serta yang melayari dan mengunjungi laman kembara murabbi ini agar memberi saranan, kritikan serta komentar yang mendidik dalam memperbaiki diri kita semua…syukran…(^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...