Lagu Negaraku mempunyai riwayat yang panjang. Menurut Y.A.M
Raja Aminah binti Almarhum Sultan Abdullah, lagu itu mula-mula didengar di Mahe
dalam Pulau Seucjelles, di mana ayahanda baginda, Sultan Abdullah, Perak
tinggal sebagai orang buangan.
Lagu itu sering dimainkan oleh pasukan pancaragam Perancis
untuk memberi hiburan kepada orang ramai pada tia-tiap hari Selasa. Perkara ini
berlaku lebih kurang dalam tahun 1892.
Raja Chulan, saudara lelaki kepada Y.A.M Raja Aminah pernah
mendengar lagu itu sewaktu melawat Pulau Seychelles. Baginda sangat
menggemarinya serta mempelajari sendiri lagu itu dan memainkannya dengan biola.
Dalam tahun 1895, Sultan Abdullah telah dibenarkan
meninggalkan Pulau Seychelles dan pergi ke Singapura. Beberapa tahun sebelum
itu, lagu itu telah dipilih menjadi lagu Lagu Kebangsaan bagi Sultan Perak,
iaitu dalam tahun 1888.
Pada waktu itu, Sultan Idris, Perak telah dijemput oleh
Queen Victoria melawat London. Baginda telah diiringi oleh Sir Hugh Low,
Residen British di Perak dan juga anakanda baginda, Raja Mansur.
Apabila sampai di Southampton, seorang wakil Kerajaan
British telah menemui Raja Mansur untuk emndapatkan Lagu Kebnagsaan bagi Negeri
Perak. Baginda lalu memebrikan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan bagi Perak
walaupun sebenarnya pada waktu itu Perak tidak mempunyai Lagu Kebangsaan. Mulai
hari itu, negeri Perak telah menetapkan lagu itu sebagai Lagu Kebangsaan Perak.
Lebih kurang dalam masa lawatan Sultan Idris da Raja Mansur
ke England, lagu itu telah dikenalkan kepada Wayang-Wayang Bangsawan Indonesia
yang mengadakan pertunjukan di Singapura. Lagu itu telah dinamakan Stambul Satu
dan bangsawannya pada masa itu ialah Bangsawan Indera Zanibar atau Wayang
Kasim.
Lagu itu sangat digemari ramai sehingga dinyanyikan oleh
bangsawan-bangsawan lain. Beberapa tahun kemudian, lagu itu dinamakan ‘Terang
Bulan’. Raja Mansur telah beberapa kali mengakui bahawa lagu Negaraku sekarang
adalah merupakan lagu yang pernah digemari ramai itu. Ia telah dinyatakan oleh
anakanda baginda, Raja Kamarulzaman bin Raja Mansur, cucu kepada Sultan
Abdullah.
Kini Lagu Negaraku telah menjadi milik rakyat Malaysia dan
ia berkumandang di mana-mana sahaja di dunia ini apabila nama negara kita muncul
dan penghormatan di dalam pelbagai acara antarabangsa.
Sumber :
“Ketahuilah Anda” cetakan kedua 1996 (cetakan pertama 1989)
terbitan Syarikat S. Abdul Majeed, Kuala Lumpur. Muka surat 53-54
No comments:
Post a Comment